Thursday 12 April 2012

♥rinduku terhenti♥

amboi..tajuk da macam ayat novel..padahal aku ni bukan la pencinta novel. baca duatiga muka surat da start menguap.hahaha..bukan apa ayat nye terlalu gratis & romantik tak sesuai untuk org yang hardcore macam aku ni. :D

sebenar nya post aku hari ni untuk aku tujukan kepada seorang kawan yang aku rindui :') tetibe rase macam ada cecair yang menumpang di kelopak mataku skrg.huhu.. abes eyeliner aku. T_T 

aku harap kau terbaca post aku ni. da lama kita berkawan sejak dari bangku sekolah menengah lagi. masa tu kite sama-sama kecik, al-maklumlah baru abes UPSR then terus ke sekolah menengah. masing-masing budak hingusan lagi..bhahaha. kite membesar sama-sama walaupun kite berbeza agama :') aku anggap kau seperti kembarku. sebab tarikh lahir kite tak jauh beza. 

aku rindu zaman sekolah dulu. aku selalu lepak rumah kau. kite makan sama, memasak, jalan-jalan, gossip, & join budak BMX n skate. kadang-kadang ada jugak kite bergaduh. pasal hal kecik je. merajuk sekejap then baik semula. aku rindu kawan aku yang dulu. aku nak kawan aku yang dulu. :')

masuk form 5 aku da berpindah dari johor ke negeri sembilan. time tu aku rasa sedih sgt nak tinggalkan kawan-kawan. nak-nak lagi kau. fuhhh bagi aku satu decision yang sangat berat. tapi alhamdulilah kite masih contact walaupun da jauh :')

kau ingat tak waktu abes je SPM aku terus panggil kau datang ke nilai. ajak cari keje sama-sama. masa tu kite plan cari keje kat genting. dari pagi kite datang menunggu giliran interview. bile tibe je turn kite terus kena reject kan??? pasal ape? haha. sebab kita baru abes SPM tak ada sijil apa-apa. terasa diri masa tu macam bodoh sangat. jadi kite yang tak di-interview ni pun menghabiskan la masa & duit kite kat sana. kite masuk theme park, makan & last skali tengok movie. baru je movie tu start setengah jam mata masing-masing da lelap. nampaknye movie tu yang tengok kite :D aku rasa panggung wayang tu seswai la di jadikan hotel sementara. doblas hengget je pon. tak mahal. dapat jugak tido dua jam kan :)

last-last tak dapat kerja turun la balik ke nilai. kau stay dengan aku sebulan kat sana. kite tido satu bantal & satu selimut :) bahagia aku rasa masa tu  bile kawan baik aku ada di samping aku. lepas tu kau pun buat keputusan untuk balik ke johor. huh! sedih :') kau akan tinggalkan aku.

selepas 8 bulan...

aku pun dapat tawaran sambung blaja. banyak tawaran aku dapat. tapi aku pilih kolej islam yang terletak di gombak. setelah sebulan aku blaja kat sana. aku pun contact kau balik. aku ajak kau blaja sama-sama dengan aku. aku ingat lagi masa tu kau tak taw macam mana nak daftar. aku pun dengan gembira nya mendaftarkan kau secara online di kolej tempat aku blaja. akhirnya kau pun diterima masuk. dari johor mak ayah kau hantar kau ke KL untuk blaja. aku gembira sangat bila kau dtg sini. blaja kat tempat yang sama & duduk di umah sewa yang sama :') seronok sangat aku rasa masa tu. sumpah tak tipu.

setelah beberapa bulan kite blaja, kau da ramai kawan. semakin hari kau da macam lupakan aku. aku nampak kau happy sangat dengan kawan-kawan baru. keluar sana, keluar ke sini. huh! hati ni rasa macam terguris. tapi aku pendam. lebih baik aku pendam dari aku lepaskan... sampai la habis kite blaja, you totally changed. 

satu je aku nak kau taw kawan. aku sayang kau sangat-sangat. aku doakan kau sentiasa sihat & bahagia di mana pun kau berada sekarang. jagalah diri kau baik-baik. tapi last aku cakap. aku rindu kawan aku yang aku kenal dulu. :')


our last photo together





selamat tinggal. sobssobs.. T_T



No comments:

Post a Comment